Penyelia Pasukan BBP Tanjong Karang, Zuraini Mohamed Rawian berkata, latihan secara bersama itu bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota menghadapi operasi menyelamat di bangunan tinggi.

“Kemahiran penggunaan tali amat penting bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan sesuatu operasi dilakukan oleh anggota kami.

“Selain itu, pegawai dan anggota juga dapat menjalinkan hubungan baik dalam pasukan yang sama walaupun bertugas di balai yang berlainan,” katanya.