Kursus berhubung ilmu kejuruteraan itu berlangsung selama 16 hari dan dikendalikan oleh Fakulti Kejuruteraan (FKJ) UMS.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKJ, Ismail Saad berkata, pihaknya berbangga apabila UMS dapat menganjurkan kursus yang disertai kumpulan mahasiswa dari luar negara.

“Ia merupakan hasil hubungan baik antara pihak universiti (UMS) dan Universiti Wuyi sekali gus menjadi medan perkongsian ilmu untuk manfaat kedua-dua belah pihak,” katanya baru-baru ini.

Kursus yang diadakan sehingga 24 Ogos turut memberi ruang kepada para pelajar Universiti Wuyi mengenali Sabah dengan lebih dekat melalui beberapa lawatan ke destinasi menarik.