Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, latihan selama tiga hari itu bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan aktiviti keselamatan kebakaran di semua fasiliti Hospital Kluster Perak Utara supaya lebih mantap dan efisien.

Selain Hospital Taiping, turut serta dalam kursus itu ialah kakitangan Hospital Gerik, Kuala Kangsar, Parit Buntar, dan Selama yang dipimpin oleh pasukan BBP Taiping.