Ketua unit kursus itu, Zai’im Zailan berkata, kursus yang dianjurkan oleh KKSBJ itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai kerana ia mampu menambahkan pendapatan mereka.

“Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM350 dan mereka dibekalkan dengan dua bekas ternakan, 10 ekor udang kara induk, makanan udang kara, rumpai atau lumut sungai,” katanya.