Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kedah, Hafsah Hashim berkata, program tersebut mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang perkara kebaikan yang perlu dilakukan berkaitan ajaran Islam.

Katanya, semasa berada di program itu, peserta mengikuti dua kertas kerja disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Yadim, Zolkarnain Abidin mengenai Rahmah Dalam Interaksi Antara Sesama Manusia dan Duta Rahmah, Mohd. Firdaus Jaafar pula mengenai Cabaran dan Realiti Islam Malaysia Masakini.