Ketua Pegawai Operasi Roadcare, Datuk Wan Imran Wan Omar berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada pelajar prasekolah hingga tingkatan lima.

“Pelajar yang dipilih menerima sumbangan beg, buku dan alat tulis untuk sesi persekolahan 2018 melibatkan tiga perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands iaitu Sungai Tiang, Sungai Dabuk dan Chohong,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Unit Bahagian Infrasosial Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri, Caffli Permid dan Jurutera Jabatan Kerja Raya daerah Cameron Highlands, Ir Eow Thein Wee.