Salah seorang cucu kepada Allahyarham Samad, Md. Sazali Girin berkata, tujuan utama majlis itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara ahli keluarga yang telah lama terpisah.

“Rata-rata ahli keluarga dari seluruh tanah air telah hadir bagi menjayakan majlis yang turut menyelitkan aktiviti sebagai bacaan tahlil dan aktiviti sukan,” katanya yang bercadang untuk mengadakan majlis serupa menjelang Hari Raya pada tahun ini.