Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan Hospital Taiping sejak empat tahun lalu setiap kali menjelang Syawal.

“Hospital Taiping melalui Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP), akan menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada pesakit miskin dan yang telah keluar dari wad atau masih dalam rawatan susulan di klinik-klinik pakar hospital ini,” katanya.

Program itu antara lain diharapkan dapat memberi memberi sinar harapan dan menceriakan pesakit bagi menyambut perayaan Aidilfitri.