Program yang berlangsung selama lima hari itu dipenuhi dengan variasi pengisian ilmiah seperti perkongsian ilmu bersama Universiti Islam Negeri Ar-Raniry dan Universiti Syiah Kuala.

Turut diadakan ialah kembara rohani peninggalan bencana Tsunami 2004, program silang budaya Malaysia-Indonesia serta aktiviti kesukarelawan bersama anak-anak yatim.

Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Mohd. Rahim Mahmood berkata, diharap dapat memenuhi matlamat untuk mengenali budaya masyarakat luar dalam kalangan peserta.