Program tersebut juga diadakan sempena meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-61, Hari Pengakap peringkat kebangsaan dan Jambori Kesenian Negeri Kedah.

Menurut Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh, program itu antara lain bertujuan memperkenalkan para pengakap dengan komuniti setempat, menjiwai seni budaya negeri Kedah selain meraikan Hari Pengakap.

Sambutan Hari Pengakap itu juga kata Shafie disifatkan bersejarah apabila buat pertama kalinya perkhemahan diadakan di dalam kawasan bangunan pusat beli-belah.

“Pelbagai aktiviti diadakan pada progaram ini antaranya aktiviti derma darah dan mengukir buah tembikai sebagai mengasah kreativiti para peserta,” kata beliau baru-baru ini.