Pada majlis itu, seramai enam graduan kolej tersebut menerima anugerah pelajar terbaik iaitu Putri Syuhada Shahrin, Nur Hani Nadia Mohd. Kamar, Don Afandi Razali dan Muhammad Ghazali Abdullah, Nur Asyiqin Zulkifli dan Nur Syifaa Mohd. Nasri.

Kesemua anugerah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Kolej Consist, Mior Zawari Hassan. Kolej tersebut memberikan tumpuan kepada kursus keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pekerjaan.