Program itu dianjurkan oleh Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan (Pepam).

Seminar itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Nordin Daharom.

Hadir sama Pengerusi PEPAM, Dr. Soeb Pawi dan Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan dan Penilaian Kadaran DBKL, Kamarulzaman Mat Salleh.

Objektif utama seminar itu adalah untuk memastikan para pegawai penilaian PBT dapat merealisasikan impian untuk menjadi Pengurus Harta Berdaftar seperti mana pindaan pada Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus harta 1981 (Akta 242).