Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Safidah Abu Samah berkata, pihaknya berharap acara itu bukan sahaja dapat menggalakkan generasi kanak-kanak meminati sukan malah dapat mendidik mereka menjadi lebih berdisiplin.

“Kita juga menantikan bakat-bakat terpendam agar dapat terus digilap,” katanya semasa merasmikan kejohanan baru-baru ini.

Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan lompat tinggi, lontar peluru, larian pecut 50 meter, larian berganti-ganti 4 x 50 meter, larian berpagar 4 x 50 meter termasuk acara sukaneka untuk ibu bapa.