Penyerahan sijil dan diploma itu antaranya melibatkan pelajar bidang automatif, spa terapi, pembuatan pakaian wanita, perkhidmatan estetik seni solekan, dandanan rambut dan pembuatan barang kemas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar menyampaikan sijil dan diploma kepada pelajar tersebut.

Turut hadir Pengarah SLDM, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Dr. Aruna Ismail; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara, Mohd. Azmir Ahmad dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Kemahiran SLDM Wilayah Utara, Nadzim Md. Isa.