Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, sebanyak tujuh bidang kursus telah dilaksanakan iaitu kursus bakeri, pastri, pembuatan variasi langsir bertema, pembuatan variasi tudung, solekan profesional, kecantikan dan pemasaran secara online.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kemas, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Pengarah Kemas negeri, Mohd Taufek Mohd Yusuf.

Pada majlis itu, Ehsanuddin turut menyampaikan hadiah wang tunai RM4,000 kepada tujuh peserta terbaik serta menyampaikan sumbangan peruntukan kepada 27 Tabika Kemas Parlimen Kota Tinggi.