Pertandingan tahunan anjuran Mulia Racquet Club itu bagi merapatkan hubungan antara penduduk kawasan kejiranan tersebut.

Menurut Pengerusi kelab itu, Shaheran Mohd. Hashim, ia juga diadakan bagi menyemarakkan gaya hidup sihat melalui sukan.

Pasangan beregu Hasan Adli Rani dan Noor Azman Zainuddin muncul juara dan menerima hadiah serta piala pusingan kejohanan.