Penyelaras program, Halimah Ismail berkata, penerima SVM tersebut terdiri daripada pelajar program Bakri dan Pastri, Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web, Multimedia Kreatif dan Animasi, Seni Kulinari, Perbankan dan Pemasaran.

Pada majlis itu, pelajar program Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web, Abdullah Amirul Ab. Aziz menerima Anugerah Khas manakala Anugerah Pengarah dimiliki Fairuz Wahidah Mohd. Nazri pelajar jurusan Bakeri dan Pastri.