Program tersebut merupakan anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama USIM.

Menurut Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Faizal Kasmani, program yang diadakan sejak 2009 itu bertujuan melengkapkan para pembimbing dengan maklumat terkini dan kemahiran yang pelbagai.

“Program ini juga bagi melayakkan mereka menjadi Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci melalui latihan formal dan profesional untuk membimbing bakal haji di tanah air dan di Mekah,” katanya.