Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, enam pelajar yang menerima dana prihatin masing-masing memperolehi RM1,000 manakala baki lapan yang terpilih mendapat dermasiswa pula telah ditawarkan penajaan penuh kos pengajian.

“Tabung Endowmen UMT telah berjaya mengutip RM1.35 juta daripada sumbangan badan korporat dan orang perseorangan serta keuntungan pelaburan strategik UMT sejak penubuhannya pada tahun 2013,” katanya.