Penyelaras program, Suhaila Aliman berkata, daripada jumlah itu, seramai 28 penerima SVM program pemasaran, perbankan (29), seni kulinari (29), bakeri dan pastri (30) serta sistem pengurusan pangkalan data dan aplikasi web (19).

Katanya, pelajar terbaik keseluruhan yang juga penerima Anugerah Pengarah disandang pelajar program bakeri dan pastri, Hafzah Hussin dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.91.

Seramai empat pelajar menerima Anugerah Tokoh Kecemerlangan.

Penyampaian sijil tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Dr. Idris Ahmad.