Program Trio Impian merupakan salah sebuah program pembangunan sepak takraw yang dilaksanakan oleh komuniti sepak takraw terbesar di Malaysia, Masyarakat Bolarotan (MBR).

Jurucakap MBR memberitahu, program selama dua hari itu berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw di daerah berkenaan sekali gus memberi peluang kepada regu sedia ada bersaing dalam pertandingan yang lebih kompetitif.

Regu Sekolah Kebangsaan Sabak Bernam dan Bakat Baru Junior mengungguli saingan bagi kategori bawah 12 dan 17 tahun manakala regu Sungai Besar D berjaya mempamerkan persembahan bertenaga sebelum muncul johan untuk kategori terbuka.