Pengarah program, Sabariah Ismail berkata, program yang dijalankan selama dua hari itu memuatkan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan program menguji minda dalam usaha membentuk identiti Muslim dalam kalangan mahasiswa.

“Kami berharap program ini mampu melahirkan mahasiswa yang berpegang teguh dengan ajaran Islam selain mewujudkan ukhuwah yang erat dalam diri setiap mahasiswa,” katanya.