Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif ini dapat membentuk dan melahirkan generasi berkualiti tinggi yang cemerlang dalam akademik di samping mempunyai bakat kepimpinan tinggi.

“Selain biasiswa, YTN turut menyediakan beberapa siri program pembangunan melalui Scholar Development Journey bagi membantu pelajar tajaannya mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai kompetensi serta nilai dan prinsip yang tinggi.