Presidennya, Lee Hong Jin berkata, program itu mendapat kerjasama pihak Oceanarium yang memberikan pas masuk percuma kepada kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak ini berpeluang melihat pelbagai hidupan laut menarik yang mana ia merupakan suatu pembelajaran yang istimewa bagi mereka.

“Mereka juga diberi peluang merasai beberapa elemen yang berunsur teknologi terbaharu antaranya sangkar jerung maya dan tayangan teater tiga dimensi dengan kesan khas istimewa,” katanya.