Pengerusi Persatuan Pencak Silat Cimande Daerah Sabak Bernam, Shuhaimi Jamil berkata, perhimpunan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 300 ahli pesilat di daerah itu.

“Silat Cimande yang berasal daripada Majapahit telah bertapak di negara sejak sebelum merdeka lagi dan di daerah ini, keahliannya tidak kurang 1,000 orang dengan 10 gelanggang dibuka untuk ahli-ahli berlatih,” katanya.

Perhimpunan itu dirasmikan Ahli Parlimen Sabak Bernam yang juga Yang Dipertua Persatuan Pencak Silat Cimande Daerah Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh.