Program tersebut diadakan sempena pelancaran tabung derma untuk membantu mengumpulkan dana untuk Madrasah Nurul Khoiri Al Hafiz di masjid tersebut.

Antara pengisian pada program itu ialah tazkirah, aktiviti memanah, perlawanan futsal, badminton dan sukaneka.

Ibu bapa peserta dan pengunjung program juga berpeluang berkongsi ilmu bersama Pencetus Ummah Rahmat dalam slot tazkirah yang diadakan.