Pengerusi Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Hamzah Abd. Wahab berkata, program tersebut merupakan julung-julung kalinya dianjurkan selepas Masjid Jamek Ibnu Khaldun dinaik taraf.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Selepas pendaftaran peserta, kita mengadakan gimik memandikan kanak-kanak itu dengan hos bomba seterusnya membawa mereka ke bilik khatan,” katanya.

Hadir merasmikan Program Khatan Perdana Sunathon ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.