Penyelaras persatuan itu, Mohd. Ariffin Abd. Rahman berkata, program berkenaan diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli untuk mendekati masyarakat serta berkongsi ilmu dalam memastikan mereka dapat mengembangkan potensi diri masing–masing.

Antara aktiviti yang diadakan adalah kelas teori dan praktikal berkaitan ikatan serta simpulan asas selain berkayak mengelilingi Pulau Giam.