Pertandingan itu melibatkan seramai 28 pasukan dengan setiap pasukan terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang wanita.

Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 9, Norzaiful Alfids Md. Noordin berkata, penganjuran pertandingan boling amal itu merupakan acara tahunan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain tanpa mengira latar belakang.

“Acara seperti ini patut dilakukan lebih kerap dan kerjasama yang diberikan semua pemain amat memberangsangkan,” katanya.