Program anjuran Pemuda UMNO Shah Alam itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah merangkap Setiausaha Politik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Yaakop berkata, program kali kedua itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk berkhatan.