Pengasas Reach Malaysia, Cef Sharifuden Mohammad berkata, program tersebut telah menggabungkan ahli kelab motosikal berkuasa tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

“Ini adalah program pertama yang kami adakan melibatkan penyertaan daripada beberapa kelab motosikal seperti Harley Owner Temerloh, Kingz MG, VpRider MC dan Vulcan Storm Temerloh manakala NGO pula termasuklah Auntie Brigade dan M4A,” katanya.