Antara mereka yang terlibat termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia SPT, Pasukan Bomba Sukarela Kota Permai, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiyah Malaysia SPT, Tenaga Nasional Bhd. dan masyarakat setempat.

Pengetua sekolah itu, Ja'afar Samah berkata, program gotong-royong tersebut berjaya mengeratkan hubungan yang harmoni melibatkan masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama di negeri tersebut.