Menurut Koordinator Pembangunan Dewan Undangan Negeri Persekutuan Morib, Hisham Talib, bantuan tersebut disalurkan kepada penerima yang berada di paras kemiskinan.

“Kita memberi sumbangan kepada pihak yang mempunyai struktur rumah yang uzur. Kita berharap pihak yang menerima bantuan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa,” katanya selepas Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong-Royong di Kampung Permatang Pasir, Kuala Langat baru-baru ini.