Program anjuran Jawatankuasa Perunding Penduduk Bandar Baru Salak Tinggi Utara itu antara lain bertujuan mengasah bakat-bakat dalam kalangan generasi muda dan memajukan sukan baharu tersebut.

Pengarah SET18, Mohamad Syahmi Abdul Rahman berkata, program itu juga diadakan bagi memperkenalkan Pertubuhan Azam Muda (Azam) sebagai platform e-Sports anak muda terutamanya di Sepang.

“Azam sentiasa mencari peluang untuk bersama anak muda dalam membangunkan bakat dan potensi agar mereka dapat menyumbang kepada negara,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia kawasan Sepang dan Azam.