Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN), Uzaidi Udanis berkata, bengkel yang mendapat kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara dan Kerajaan Negeri Kedah diadakan di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Sungai Petani baru-baru ini.

“Hasil daripada bengkel tersebut boleh dijadikan garis panduan ke arah memajukan beberapa tempat menarik di Kuala Muda menjelang Tahun Melawat Malaysia Malaysia 2020,” katanya.