Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin yang menyampaikan sumbangan.

Pada majlis itu, Anuar bersama kakitangannya turut mengedarkan 1,000 peket bubur lambok kepada penduduk kampung sekitar Dewan Undangan Negeri Trong.

Selain itu, mereka juga melawat tiga buah rumah untuk menyerahkan bantuan kepada penduduk yang uzur dan sakit.