Majlis minum petang yang pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh FSK UiTM dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Cabang FSK.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSK UiTM, Romizan Jathin yang mewakili Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM, Dr. Amir Muhriz Abdul Latiff.

Menurut Romizan, majlis tersebut diadakan untuk melaksanakan hasrat UiTM bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran, penyelidikan, khidmat sosial dan khidmat profesional antara pihak fakulti dengan para alumni.

“Ia sekali gus merapatkan hubungan antara pelajar dan alumni,” katanya di Putrajaya baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan Dr. Izham Naquiddin Shah Arif Shah dinobatkan sebagai Tokoh Alumni FSK 2018 kerana komitmen beliau dalam menaikkan nama fakulti tersebut.