Program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu bertujuan memberi pendedahan peluang pekerjaan serta mempromosi produk perlindungan takaful penjawat awam iaitu CUEPACSCare dan CUEPACS PA.

Menurut Pengarah Urusan Medicare, K. Palanisamy, program tersebut berperanan mempromosi perlindungan takaful kepada setiap penjawat awam dengan melahirkan usahawan berkaliber dan mampu berkhidmat secara efisien.