Program selama empat hari yang turut diiringi sembilan orang guru diketuai Guru Besar, Ainon Mohamed Salehuddin itu antara lain memberi peluang kepada murid berinteraksi dan berkongsi kemahiran matematik serta seni tari bersama murid-murid sekolah SD Islam Al-Rasyid, Riau.

Program yang julung-julung kali diadakan itu turut membabitkan murid dan guru dari lima buah sekolah rendah lain di daerah Hulu Langat.