Para tetamu diraikan oleh Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Presiden serta Pengasas MSU, Prof. Tan Sri Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Pada majlis tersebut para tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa seperti sate, nasi minyak, kambing bakar dan pelbagai jenis kuih-muih.