Antara pengisian program ialah pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, jualan, sukan rakyat dan persembahan pentas.

Turut dilancarkan ialah Klinik Bantuan Guaman Bergerak bagi membantu penduduk setempat berhubung hal-hal perundangan.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang.