Majlis bertempat di Pusat Latihan Perajurit Muda TD (Pusasda), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kesemua perajurit muda ini bakal menjalani latihan ketenteraan selama enam bulan.

Simbolik penyerahan disempurnakan antara wakil Cawangan Sumber Manusia TD, Mejar Johaizad Jarudin dan Ketua Bahagian Latih Pusasda, Leftenan Kolonel Khairul Azman Kormin.