Program bertemakan Ayuh Cegah Sebelum Terlambat itu dikelolakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Institut Pendidikan Neo Shah Alam.

Program itu dimeriahkan dengan aktiviti seperti pameran keselamatan oleh bomba dan cabutan bertuah.

Turut diadakan pelancaran Program Jejak Asnaf bersama kelab 1TNB Kilat Bikers.