Beliau berjaya menamatkan larian 10 kilometer dalam masa 42 minit 17 saat sekali gus menewaskan peserta-peserta lain untuk muncul sebagai juara.

Beliau merupakan antara 1,000 peserta yang mengambil bahagian dalam larian anjuran sebuah syarikat pengeluar pakaian, Corporate Hero dari Sungai Petani melibatkan acara 5 kilometer dan 10 kilometer.

Urusetia larian tersebut, Nor Azman Abdul Kadir berkata, program itu mendapat banyak kerjasama daripada pelbagai pihak.

Katanya, selain menggalakkan rakyat negara ini melakukan aktiviti sihat, program itu juga secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan baik antara peserta pelbagai kaum yang datang daripada seluruh negara.