Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap JPKL 5/2018 yang berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Batu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, kejayaan seorang kaki pancing, Azlan Ahmad yang berjaya menangkap dan menaikkan ikan spesies patin seberat 5.795 kilogram berjaya menobatkan beliau sebagai juara keseluruhan.

Azlan yang menewaskan lebih 1,000 peserta lain membawa pulang wang tunai RM5,000 serta barang iringan Oyoshi Green Tea, Blow, Sardin Viral dan Igloo-UFL.