Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, perlumbaan itu merupakan acara duathlon pertama di atas lebuh raya yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Katanya, dengan jajaran sepanjang 55.4 kilometer dari Bukit Jelutong ke persimpangan Rawang, GCE adalah satu laluan popular bagi peminat sukan berbasikal dan larian, terutamanya pada hujung minggu.

“Perlumbaan bermula dan berakhir di Plaza Tol Bukit Jelutong yang dimulakan dengan acara larian seterusnya berbasikal dan berlari semula sehingga ke garisan penamat,” ujarnya.