Dalam pendedahan tersebut, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu memberitahu, wanita yang selalu bersamanya itu bukanlah teman wanitanya, tetapi ibu kandung sendiri.

Menurut Azri, dek kerana kerap bersama ibunya yang kelihatan muda dan jelita, ramai gadis menyangkakan bahawa dia telah mempunyai teman istimewa.

Pendedahan yang dijelaskan Azri menerusi akaun Twitter miliknya ternyata telah menarik perhatian pengguna media sosial tersebut yang rata-rata tidak menyangka itu ibunya, selain memuji kecantikan wajah wanita itu. Malah, terdapat juga netizen dalam kalangan wanita yang ingin mencungkil rahsia daripada ibunya tentang petua dan amalan yang dilakukan untuk kekal kelihatan muda walaupun pada usia 50-an.