Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak malang itu telah ditinggalkan di sebuah rumah anak yatim beberapa tahun lalu.

“Mama ambillah adik dan abang bawa pulang,” luah salah seorang daripada mereka menerusi sedutan video yang diambil daripada rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3.

Rayuan yang disiarkan menerusi video berdurasi dua minit 34 saat itu turut memaparkan hos rancangan tersebut dan tetamu yang hadir mengalirkan air mata kerana terlalu sebak dengan nasib malang kanak-kanak berkenaan.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar pasangan kembar itu dapat bertemu semula dengan ibu bapa mereka sempena bulan yang mulia ini.