Gambar-gambar tersebut yang dimuat naik oleh persatuan Syria Care telah menunjukkan seorang wanita, Heba Amouri sedang meriba seorang anaknya yang berusia dua bulan.

Lebih menyayat hati, dua orang lagi anak wanita itu dikhabarkan maut dalam tragedi pengeboman besar-besaran tentera rejim Bashar al-Assad ke atas Timur Ghoutah pada awal tahun lalu.

Apa yang membuatkan netizen sebak apabila wanita berkenaan dilihat memasukkan jarinya ke dalam mulut bayi tersebut semata-mata bagi mengelak dia menangis kerana kelaparan.

Berdasarkan keterangan yang dinyatakan oleh Syria Care, kejadian tersebut telah dirakamkan pada 8 Januari 2018. Walaupun kejadian yang berlaku itu telah setahun berlalu, namun emosi yang dipaparkan melalui gambar-gambar yang dimuat naik itu cukup membuatkan pengguna laman sosial berasa tersentuh dan hiba.

Rata-rata komen yang ditinggalkan pengguna laman sosial telah mendoakan kesejahteraan penduduk Syria dan melahirkan rasa simpati ke atas kejadian yang menimpa saudara seagama di sana.