Faisal merupakan anak lelaki sulung Zeek Maran, 30, dan Sari Sekat, 32.

Selain Faisal, Zeek dan Sari mempunyai tiga orang anak iaitu Manisa, 11, Azura, 9, dan Asram, 6.

Zeek yang bekerja kilang merupakan pencari nafkah tunggal keluarganya dan dia tidak mampu menyediakan rumah yang selesa untuk membesarkan anak-anak.

Keadaan pondok mereka juga menjadi terlalu panas dan lembap pada waktu siang. Ia hanya diterangi sebatang lampu kalimantang pada waktu malam.

Keluarga Zeek tinggal di sebuah pondok usang di Kampung Orang Asli Gurney di Batang Kali, Ulu Yam, Selangor.

Prihatin dengan keadaan itu, Zurich Malaysia dengan kerjasama perusahaan sosial tempatan, EPIC Homes secara sukarela membina dua buah rumah baharu untuk keluarga Zeek dan seorang lagi penduduk, Suratman Anuar, 38, bersama pasangannya, Rafeah Elo, 41.

Selesa

Seperti Zeek, Suratman juga mahu menyediakan persekitaran yang selesa agar anak-anak mereka berjaya sekurang-kurangnya menamatkan pendidikan menengah.

Seramai 70 warga Zurich Malaysia terdiri daripada kakitangan perkeranian hingga ke pengurusan kanan meluangkan masa tiga hari bersama keluarga berkenaan untuk bersama membina rumah baharu mereka baru-baru ini.

Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark berkata, kedua-dua rumah itu mempunyai ruang legar, ruang tamu, tiga bilik tidur dan dapur sekali gus menjadikan ia ruang yang mencukupi buat anggota keluarga terutama bagi anak-anak mereka untuk menyiapkan tugasan sekolah.

“Pada bahagian siling, terdapat ruang pintar yang boleh digunakan sebagai stor.

“Anak-anak berhak mendiami sebuah rumah yang selesa dan selamat kerana ia adalah satu keperluan asas dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jelasnya, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian aktiviti tahunan Minggu Komuniti Zurich yang memberi peluang buat kakitangan mereka menyumbang masa, tenaga dan kemahiran bagi memberi impak positif terhadap anggota masyarakat.

“Bagi aktiviti ini, kami mengambil kesempatan untuk memenuhi keperluan komuniti Orang Asli di sini kerana ia selaras dengan matlamat kami bagi menyediakan perlindungan buat orang tersayang,” jelasnya.

Peribahasa Melayu

Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

: 70 sukarelawan Zurich Malaysia bekerja keras selama tiga hari menyiapkan dua buah rumah baru bagi keluarga Zeek dan Suratman, penduduk Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Yam.

Bagai mengepal pasir kering

Bagai mengepal pasir kering